saya takut nak dedahkan diri sendiri tapi saya akan berkongsi pengalaman saya sambil bermisteri
Thursday, 24 May 2018
Stadium
Sebagai seorang peminat bola sepak, saya tidak terlepas dari mengunjungi stadium stadium di Malaysia. Stadium pertama yang saya pergi adalah Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya menyaksikan perlawanan di antara Malaysia menentang Liverpool pada tahun 2014. Keputusan akhir perlawanan adalah 3 berbalas 6. Saya melihat secara langsung Steven Gerrard, pemain alet Liverpool merangkap kapten Liverpool menjaringkan gol dari sepakan percuma. Saya takkan lupakan peristiwa tersebut.
Tuesday, 22 May 2018
Fifa, game kegemaran
Fifa adalah game kegemaran saya. Ini adalah game tentang bola sepak. Tetapi Fifa mempunyai pelbagai pasukan berbanding game bola yang lain. Disamping pasukan yang banyak, Fifa juga mempunyai gameplay yang menarik. Kita boleh pratikkan pelbagai skill dan dapat bermain seolah olah kemahuan kita. Gamba watak juga nampak seakan akan benar.
Sunday, 20 May 2018
Tambah lagi lah pasal aku
Ini adalah gambar Air Terjun Chamang. Lokasinya berdekatan dengan rumah saya. Waktu remaja dulu banyak saya habiskan di sini mandi manda. Orang setempat situ memang kerap la mandi, sebab air dia sejuk dan suasana di situ tenang. Ramai juga orang luar yang mandi di sini. Tapi biasanya mereka akan takut untuk pergi ke tengah. Saya dan kawan kawan gemar bermain roket dan menembak ikan di sini. Kekadang orang luar berasa pelik aksi kami. Macam dah tahu selok belok air tu di mana batu dan di mana yang dalam. Tiap tahun, air terjun ini tutup waktu musim tekujuh dan tak lari dari meragut nyawa orang. Sekali kepala air datang tenggelam batu batu yang besar. So berhati hati ketika berseronok jangan sampai hilang nyawa
Labels:
air terjun,
air terjun chamang,
chamang
Location:
28700 Bentong, Pahang, Malaysia
Monday, 14 May 2018
Try je
Saya buat sendiri tahu poster ni pakai apps canva. Even saya tak reti susun ayat, at least try je pun dah ok. Saya harap anda semua paham maksud nya.
Universiti Kebangsaan Malaysia
Memang cerita saya haru biru sikit tunggang terbalik. Banyak benda nakal lah saya buat, ni kalau cerita ni teruk sangat dah. Nasib Allah tutup aib saya. Dulu ramai cakap perangai teruk kat saya, tapi kini saya bukti kan kat semua orang yang pernah judge saya dulu, manusia semua boleh berubah. Masih ada peluang untuk kita buat u-turn. Kini saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, walaupun ramai terkejut tapi saya abaikan. Bukan nak berlagak tapi saya buktikan kepada orang yang kuat memaki dan mencerca saya dahulu bahawa saya pun ada masa depan. Dan kepada adik yang lebih muda pula, saya nak jadi ikon supaya mereka boleh ikot, even masa silam kita teruk kes polis bagai tapi jangan pernah untuk berputus asa kerana Allah yang menentukan rezeki kita bukan manusia.
Labels:
ukm,
universiti kebangsaan malaysia
Location:
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Pengerusi kelab futsal
Saya di matrik saya ambil kelas futsal sebagai koko. Saya lah pengerusi nya means orang paling penting. Saya ni jenis keras sikit mesyuarat semua tak join. Keras kan. Time kami anjurkan event, saya turut memimpin anak anak buah saya supaya aktiviti kami berjalan dengan lancar. Saya bukan takat mengarah, saya buat sekali kerja. Sebab kami sebaya so takleh lah nak melebih lebih kan karang kena kecam tak buat kerja.
Mainkan perasaan perempuan
Haaaa biasa lah orang muda kan couple couple ni. Saya pun remaja kan so nak lah rasa benda ni. Saya buat gentle je selamba couple 2 hahaha dah kantoi pun buat tak tahu je. Nasib awek awek semua memahami. Ada lah jugak yang jeles merajuk bagai tapi saya lelaki. Tunjuk sikit kita ketua bukan perempuan. Tapi ni dulu cinta monyet. Sekarang dah single tinggal belaka sebab alasan nak belajar kan. Alasan je
Ponteng kelas di matrik
Haaaa sekali lagi kan cipta nama. Dalam kuliah saya tu, nama saya memang famous lecturer selalu cari sebab saya selalu hilang. Ada la lecturer sampai cari saya di bilik untuk kejutkan saya. Lepastu jenis lecturer yang kisah kat saya pula, dia orang akan ajar saya personal di kubik mereka. Bukan saya yang minta tapi mereka yang ajak hahaha. Terbaik la kasih lecturer matrik dulu korban masa bagai untuk saya. Saya akan kenang jasa mereka semua.
Masuk Matrik
Selepas asrama sekolah dan kawan di rumah, kawan di matrik pun best jugak. Nak nak lagi kami roomate 4 orang semua masuk kepala. So kalau sebulan tak balik tu memang tak boring la sebab tak rasa pun sebulan. Banyak aktiviti semua kami gerak sekali. Memang best la pengalaman roomate dengan mereka. Ada je isu yang nak dibahaskan then mesti jadi kelakar. Khianat tu biasa la kacau membe tengah otp ke, tengah tido ke memang biasa lah.
Lari kerja
Saya lari kerja bukan sebab tak tahan kerja tengah panas tahu. Saya berhenti tak tahan dengan roomate saya ketika saya berada di projek di Kuala Lumpur. Kami tidur di hotel. Saya dan 2 kawan saya budak lepasan spm dan ada 5 orang India di dalam bilik. Ini lah sebab nya, bukan racist tapi, kami masuk bilik, mereka dah bogel main "adik". Then ketika saya tengah solat, mereka lalu dan pijak sejadah saya. Belum masuk time mereka mabuk lagi. Seminggu tu pun dah tak tahan. Yelah kerja penat balik mesti nak rehat tapi dia orang buat macam ni kan. Ada satu hari Jumaat, saya minta izin dari ketua nak solat Jumaat. Tapi dia tak bagi, dia kata masjid jauh dan takde siapa nak hantar. Haaaa sebab ni saya lari.
Habis spm
Saya lepas habis spm tu saya mula la tak tentu arah. Yelah nak enjoy tapi duit takde. Jadi saya pun pergi la cari kerja. Akhirnya saya dapat kerja contract. Jadi buruh la kiranya kerja tengah panas semua tapi saya ni bukan lah demand sangat so saya terima je la. Gaji sehari tu memang masyuk tapi kerja penat tu memang tak leh digambarkan la. Kerja dalam panas lagi memang burn la kulit saya.
Wakil rumah sukan
Sebelum eksiden tu saya memang aktif bersukan. Pernah buat rekod kot lompat tinggi haaa. Tapi rekod sekolah je la. Memang ada la pungut emas tiap tahun tu. Kan cerita pasal eksiden tadi, saya tak pulih sepenuhnya lagi tapi tetap kena wakil jugak. Dari banyak acara yang dipertandingkan memang sukar la saya nak perform so saya tak expect banyak lah. Habis lama tak bersukan lepastu terus futsal pun tak perform dah sekarang.
Eksiden
Dulu saya bawa moto bukan bashe bashe. Memang kuat la cilok cilok ni dah macam pelumba dah. Pantang ada corner semua saya baring sagat brake. Tapi ada cerita sedih time tu saya on the way nak ke sekolah. Punya la sedap cilok cilok last last tumbang juga terlanggar kereta. Terpelanting saya atas side walk tu hanya tuhan je tahu sakit dia macam mana. Cedera tu tak yah cakap la 2 minggu mc
Kena buang asrama
Haaaa ni saya kena buang bukan sebab pukul eh, tu citer lama. Saya kena buang sebab masalah disiplin sendiri yelah ponteng tak gi kelas, kantoi tu, kantoi ni la. Jadi saya terpaksa la berulang time form 4 akhir tahun naik moto. Dah lah sekolah jauh dalam berbelas km dari rumah tapi apa kan daya terpaksa lah.
Kantoi
Time syok regging budak, tetibe kantoi. Habis jadi kes polis hmm paham paham je la takot dia macam mana. Saya rasa dah tak sama macam zaman saya dulu. Habis semua asrama dia rombak balik takde kebebasan macam dulu. Lepas kena dengan polis tu, gi balai semua memang pengalaman yang perit la. Tapi akhirnya setel baik juga, kami minta maaf kepada mangsa dan mak ayah mangsa. Alhamdulillah semua maafkan kami.
Naik kepala
Time form 3 kami dah dikira senior dan boleh function budak. Kami pun guna la kuasa kami. Kami cuma buat sedikit sahaja regging dari yang kami kena dahulu. Macam time saya form 1 dan form 2 tiap 3 hari mesti kena pukul. Tapi time kami, kami cuma pukul sebulan sekali je.
Regging paling tak leh dilupakan
Time tu kami satu batch buat kesalahan, jadi senior semua panggil. Mereka suruh kami buat bulatan besar dan bawa berus gigi. Tahu dia buat ape ? Haaa dia suruh berus gigi dalam bulatan tanpa ubat gigi, then bila dia kata pass, kami kena ludah kat berus gigi tu dan pass orang sebelah. Orang sebelah sambung la dan seterusnya. 5 round beb memang ramai la termuntah. Tempoh masa dalam 2 jam. Macam regging fizikal tu saya boleh terima tapi yang ni euuwww geli gila kot.
Regging
Time asrama dulu time jadi junior tipu la tak kena regging kan. Macam macam benda kena, kalau takat lempang tu dah kira bersyukur habis. Tapi biasa nya regging yang kami kena semua teruk belaka. Berdarah gi hospital semua tu biasa je. Zaman dulu tak kisah sangat, means takde nak report report macam zaman sekarang. Dah macam ape je semua arahan senior. Kekadang tak masuk akal tapi kena ikot jugak.
First wakil sekolah dalam futsal
Waktu saya form 3 dan form 4, saya telah dipilih mewakili sekolah untuk bermain futsal dan diberi kepercayaan menjadi kapten. Padahal main biasa je. Ada la sumbang gol jugak. Tapi malangnya dua dua tahun saya tak lepas ke final. Nak buat macam mana kan dah takde rezeki.
Sukan kegemaran
Lepas setahun try main futsal akhirnya saya minat akan sukan ini. Tiap petang time riadah akan ada je muka saya. Dulu saya mendapat gelaran king ole di asrama kerana kerap ole kan orang termasuk senior. Dulu pun sebab ramai baru nak berjinak dengan futsal tu senang ole. Kalau sekarang ni dah kira rezeki je la.
Belajar main futsal/bola
Saya start main bola/futsal agak lambat iaitu time form 1. Senior yang paling saya rapat, bekas pemain kebangsaan bawah 15 yang mengajar saya secara personal. Bab kata orang tu dari sepak angin boleh lah sepak bola. Tapi bab-bab drible semua tak sempat nak belajar sebab kekangan waktu jadi yang itu saya belajar sendiri dari pengalaman.
Sunday, 13 May 2018
Game tukar boxer
3 hari lepas masuk asrama, senior saya anjurkan game tukar boxer. Ini khas untuk budak form 1 yang baru masuk je. Peraturan dia mudah je, senior akan tutup lampu dan junior akan campak boxer ke tengah, bila dia orang tutup lagi, junior kena sarung boxer sesape je. Malangnya mereka tutup lampu sesaat je so memang ramai la bogel cover benda tu. Ada senior yang rakam. Game tu memang memalukan tapi seronok la semua menggelepar cover "tu". Esoknya fon senior yang rakam tu kena rampas so kantoi lah. Semua yang terlibat kena kaunseling hmm
Asrama
Mula mula memang lah tak nak duduk asrama tapi mak ayah saya suruh jugak sebab saya ni jenis degil. First time duduk dengan orang lain memang rasa lain macam gila la. Tidur mandi semua dengan kawan. Satu pengalaman yang menarik lah. Asrama kami fasiliti dia biasa je tapi suasana dia memang torbaik la. saya duduk dalam dorm lagi sebelum pentadbir buat bilik pada 2014. So sempat lah saya rasa satu dorm 30 orang. Sekolah saya tu asrama harian je.
Sekolah menengah
Bila dah remaja, saya bersekolah di SMK Sulaiman pulak. Dulu, sekolah ni sekolah projek bola tapi masa zaman saya masuk sekolah ni adalah sekolah rancangan khas so ramai lah senior saya budak budak projek. Memang power la bab bola ni asal daerah je mesti menang. Ramai senior saya wakil Pahang dan ada juga yang main Malaysia. Waktu saya form 4 pula, sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan pula.
Ponteng sekolah
Hahahaha ini mungkin teruk sikit la. Waktu saya darjah 4 or darjah 5 tu pun saya dah start ponteng sekolah. Start dia mula mula ponteng koko je then tetibe rasa nak ponteng sekolah tu yang selamba je buat keras tu. Pernah lah kantoi dengan pakcik pakcik tapi dia orang nasihat je tak laporkan pada pihak sekolah pun. Memang aduii mengarut gila rasa ponteng sekolah rendah dulu sebab memang dalam ketakutan je.
Sekolah Rendah
Bila umur saya 7 tahun, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah. Sekarang sekolah itu danh berstatus sekolah kluster dah pun. Sekolah saya tu kira top jugak lah dalam Bentong even sekolah tu sekolah lama kan. Memang banyak la cerita hantu kat situ dan saya pun pernah kena tapi malas nak olah panjang yang itu.
Jatuh atas jalan tar
Tadika saya ada di seberang jalan besar. So habis tadika, cikgu akan pimpin kami ramai ramai untuk menyeberang. Geng geng saya suka duduk di hujung sebab boleh terus lari. Maklum lah time tu banyak tengok cerita kartun so semua ingat lari laju gila macam dalam cerita. Pernah sekali time saya berlari, selipar saya terputus dan saya terjatuh. Dah lah atas jalan tar memang pedih dia tuhan je la yang tahu.
Mula mula di Bentong
Mula mula saya duduk memang family kami tak kenal sesiapa pun di Bentong. Macam orang asing so boleh la kami buka buku baru. Kami berpindah pun atas faktor kerja mak ayah saya. Saya budak budak je so saya ikot saja lah. Saya pun baru nak tadika jadi senang la buat kawan baru.
Bentong
Haaaa saya berpindah ke Bentong je still dalam Pahang. Dalam Bentong pun saya still saya still berpindah randah. 3 taman perumahan pernah saya duduk di Bentong. So ramai lah kenalan saya di sini. Asal lepak je mesti ada kenal dah macam orang tua dah.
Pindah rumah
Duduk Jengka 4 tahun je tapi feel memang lain lah sebab feel kampung. 4 tahun tu banyak gila kenangan. Kacau jiran lah, buat semak time gotong royong dan macam macam lagi lah. Ni kalau throwback ni esok pun tak habis saya rasa. Teka saya pindah mana haaa. Jawapan dia lepas post yang ni sabo jap eh.
Jatuh Tangga
Pernah satu ketika, time tu umur saya 2 tahun kot, saya punyalah lasak selalu bermain kat tangga. Memang mak ayah saya bising tapi time tu babil lagi. Degil tak mahu dengar kata. Sampai satu hari tu, saya main kejar kejar di tangga lepastu saya jatuh. Berdarah darah dagu saya. Gigi pun patah dan ada apa entah lagi saya lupa sampai berjahit dagu saya. Lepastu lah start behave sikit.
kisah budak-budak
Saya dibesarkan di kawasan kampung dan saya dijaga oleh pengasuh saya. Seingat saya waktu waktu di jengka dahulu sangat seronok dari segi persekitarannya. Maklumlah tinggal di kampung. Semua jiran rapat dan kerap bermain bersama. Sebelah rumah saya ada seorang atok. Saya punya rapat dengan atok ni sampai tahap masuk rumah pun tak bagi salam main masuk je. Dah macam rumah sendiri. Alahai rindu nya zaman dulu.
kelahiran
Di atas adalah gambar Hospital Jengka. Di sinilah saya dilahirkan bak kata orang baru hidup di alam dunia lah. Saya lahir dalam tahun 1998. Ye, saya masih muda lagi dan available so kalau ada yang berkenan boleh pm eh hahhaha. Gurau gurau. Tempat ini juga adalah tempat dimana mak saya mula mula berkhidmat dahulu.
beginning
haaaaaa assalamualaikum semua. Apa khabar ? Sihat belaka ye. Ini adalah blog baru saya. Tujuan saya menulis blog ini untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup saya tetapi dalam masa yang sama saya takkan mendedahkan siapa saya. Ibarat teka-teki untuk anda jawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)