Thursday, 24 May 2018

Stadium


Sebagai seorang peminat bola sepak, saya tidak terlepas dari mengunjungi stadium stadium di Malaysia. Stadium pertama yang saya pergi adalah Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya menyaksikan perlawanan di antara Malaysia menentang Liverpool pada tahun 2014. Keputusan akhir perlawanan adalah 3 berbalas 6. Saya melihat secara langsung Steven Gerrard, pemain alet Liverpool merangkap kapten Liverpool menjaringkan gol dari sepakan percuma. Saya takkan lupakan peristiwa tersebut.

Tuesday, 22 May 2018

Fifa, game kegemaran

Fifa adalah game kegemaran saya. Ini adalah game tentang bola sepak. Tetapi Fifa mempunyai pelbagai pasukan berbanding game bola yang lain. Disamping pasukan yang banyak, Fifa juga mempunyai gameplay yang menarik. Kita boleh pratikkan pelbagai skill dan dapat bermain seolah olah kemahuan kita. Gamba watak juga nampak seakan akan benar.

Sunday, 20 May 2018

Tambah lagi lah pasal aku




Ini adalah gambar Air Terjun Chamang. Lokasinya berdekatan dengan rumah saya. Waktu remaja dulu banyak saya habiskan di sini mandi manda. Orang setempat situ memang kerap la mandi, sebab air dia sejuk dan suasana di situ tenang. Ramai juga orang luar yang mandi di sini. Tapi biasanya mereka akan takut  untuk pergi ke tengah. Saya dan kawan kawan gemar bermain roket dan menembak ikan di sini. Kekadang orang luar berasa pelik aksi kami. Macam dah tahu selok belok air tu di mana batu dan di mana yang dalam. Tiap tahun, air terjun ini tutup waktu musim tekujuh dan tak lari dari meragut nyawa orang. Sekali kepala air datang tenggelam batu batu yang besar. So berhati hati ketika berseronok jangan sampai hilang nyawa

Monday, 14 May 2018

Try je


Saya buat sendiri tahu poster ni pakai apps canva. Even saya tak reti susun ayat, at least try je pun dah ok. Saya harap anda semua paham maksud nya.

Universiti Kebangsaan Malaysia





Memang cerita saya haru biru sikit tunggang terbalik. Banyak benda nakal lah saya buat, ni kalau cerita ni teruk sangat dah. Nasib Allah tutup aib saya. Dulu ramai cakap perangai teruk kat saya, tapi kini saya bukti kan kat semua orang yang pernah judge saya dulu, manusia semua boleh berubah. Masih ada peluang untuk kita buat u-turn. Kini saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, walaupun ramai terkejut tapi saya abaikan. Bukan nak berlagak tapi saya buktikan kepada orang yang kuat memaki dan mencerca saya dahulu bahawa saya pun ada masa depan. Dan kepada adik yang lebih muda pula, saya nak jadi ikon supaya mereka boleh ikot, even masa silam kita teruk kes polis bagai tapi jangan pernah untuk berputus asa kerana Allah yang menentukan rezeki kita bukan manusia.

Pengerusi kelab futsal

Saya di matrik saya ambil kelas futsal sebagai koko. Saya lah pengerusi nya means orang paling penting. Saya ni jenis keras sikit mesyuarat semua tak join. Keras kan. Time kami anjurkan event, saya turut memimpin anak anak buah saya supaya aktiviti kami berjalan dengan lancar. Saya bukan takat mengarah, saya buat sekali kerja. Sebab kami sebaya so takleh lah nak melebih lebih kan karang kena kecam tak buat kerja.

Mainkan perasaan perempuan

Haaaa biasa lah orang muda kan couple couple ni. Saya pun remaja kan so nak lah rasa benda ni. Saya buat gentle je selamba couple 2 hahaha dah kantoi pun buat tak tahu je. Nasib awek awek semua memahami. Ada lah jugak yang jeles merajuk bagai tapi saya lelaki. Tunjuk sikit kita ketua bukan perempuan. Tapi ni dulu cinta monyet. Sekarang dah single tinggal belaka sebab alasan nak belajar kan. Alasan je